Friday, June 29, 2012

KeSaBaRaN..

Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: "Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23) Ayat di atas ku tujukan buat diri ini yang lemah. Di saat ini,aku merasakan betapa kerdilnya kita sebagai manusia tidak kira apa jua pangkat, harta dan kemewahan yang kita ada. Pada hakikatnya, kita hanyalah hamba Allah yang tidak berkuasa. Hanya Allah yang maha kuasa dan mengetahui. Kala ini, aku masih rapuh degan sifat sabar yang tinggi. Seringkali diri ini mengeluh dalam hati dengan apa yang berlaku. Padahal bukan akal ini tidak mengetahui fakta tersebut, tetapi itu kedegilan hati memusnahkan segala. Ya Allah, kau ampunkanlah semua dosa2 yang ada. Tidak tertanggung oleh aku jika dibalas dengan azab di akhirat nanti. Kenapa aku berduka dikala Allah ingin menguji diri ini. Tabahlah wahai hati dan ingatlah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lazimnya, itulah ayat yang sering menjadi penguat hati. Namun, kadang2 aku tersasar jua. Hari ini, aku diuji lagi setelah rakan baik ku pergi tanpa meninggalkan berita. Selama ini, die boleh dikatakan sebagai tempat untuk melampiaskan kemarahan, tempat untuk gedik2 cerita pasal 'BoS'kesayangan dan share segala pahit manis kehidupan aku. Kehilangan misteri die (hanya msg kemaafan diterima dari die pada jam 1 pagi) masih membuat aku terpinga-pinga dan merasakan diri ini telah buat sesuatu sehingga die menghilangkan diri sehinggakan tidak ada klu. Kadang-kadang terasa ingin bercerita dan bertanya kepada rakan-rakan yang ada tentang kehilangannya, tetapi hati ini degil. Semuanya berlaku kerana takut dengan satu fakta atau sebuah kehilangan yang dihadapi. Hati ini masih lagi degil mengatakan yang die sedang membuat lawak super dengan membuatkan aku gelabah so aku tak patut ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama aku masih risau akan dirinya jika betul2 sesuatu yang buruk berlaku. Apa yang aku mampu buat ialah mendoakan yang terbaik untuknya dan semoga hatinya terbuka untuk mencari aku semula. Sesungguhnya aku amat menyayangi tali persahabatan ini. Andaikata ada perkataan dan perbuatan aku yang salah, semoga dia memaafkan aku kerana sesungguhnya aku tidak sempat memohon maaf secara terus.

No comments: