Thursday, September 10, 2009

Ucapan Hari Raya..

Selamat Hari Raya Kepada Semua Blogger di Malaysia dan juga kepada kawan-kawan. Di harap lebaran ini memberikan seribu erti kepada hidup kita masing2. Kepada yang mengenali diri ini, ribuan ampun dan maaf ku pohon adai ada tersalah kata..terlanjur bicara...selama mengenali anda. Sekian Terima Kasih...cewah..ucapan dah mcm menang ape2 anugerah da...ape pon..SELAMAT HARI RAYA...

Wednesday, September 2, 2009

Tafsiran perilaku mengikut tarikh lahir kalendar Islam

''JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.''

Ni ler tafsiran bulan kelahiran aku. mcm tak nak caye pon ader..tapi rase2nyer member yg buat tafsiran ni pon ader ground die. rasenyer mcm tu la aku yang sebenarnyer dgn tepat. akhirnyer aku tau gak mcm mana nak describe diri aku ni.hehehhe..kroniknyer aku pasal baru realise something in myself.sblum ni, kalau org soh describe diri sdiri, aku akan ckp..i have no idea to talk about myself..bukan ape, aku mempunyai byk kecenderungan yg sampai la ni aku tak paham.

Tuesday, September 1, 2009

Renungan+Luahan Perasaan..


''Kadangkala Allah hilangkan mentari..kemudian Dia datangkan guruh..puas kita menangis mencari di mana metari kita..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah''


Indah betul frasa di atas. Aku amik dkt blog orang lain. Selepas jauh berfikir, aku dapat satu kekuatan yang mungkin dahulunya aku terlupa..kenapa kita mesti sesali apa yang berlaku semata-mata kita kehilangannya tanpa memikirkan sesuatu yang mungkin indah di janjikan Allah yang mana kita sendiri pun tidak tahu macam mana keindahan tersebut. Sekarang ni aku sedang cuba untuk membayangkan keindahan yang mungkin diciptakan kepadaku dan terus melupakan apa yang mungkin aku hilang..teruskan bersemangat wahai hati..bersabarlah..kerana sabar itu memang separuh dari iman.