Monday, October 26, 2009

Reason..

"We must had one ore more reason to hate somebody..but we don't had any reason to fall in love with somebody"...hmmm...tu la sesuatu yg pelik untuk diungkapkan tentang kehidupan manusia. ada org mengatakan..semua yg terjadi tu psl cinta itu buta..tapi yg hakikatnyer ialah..cinta itu tak buta..tapi itulah yg sebenarnya suratan takdir kehidupan seseorang manusia. pernah tak kita bertanya..sebab apakah yg boleh membuatkan kita jatuh hati pada pasangan masing2...mesti kita terpikir2 kan..kekadang ader jer org yg karakter dan semua yg dimiliki lebih kurang sama dgn partner kita..tapi tak pnah plak terlintas utk mencintai die...jd apakah sbbnya..pikir2 punyer pikir..senang ceritanya..mmg kita takder sebab utk jatuh cinta terhadap seseorang...bukan sebab itu..bukan sebab ini...sebabnya..mmg dah tertulis di Loh Mahfuz itulah orgnya yang patut di sayangi atau menyayangi kita...tapi bagaimana plak datangnya perasaan benci itu yer??tapi kita pasti akan dapat memikirkan kenapa kita benci seseorang kan??kekadang bukan dengan satu sebab sahaja..byk sebab pon ada..mcm aku..hehehe..tapi sebagai manusia yang kerdil di alam ini..aku sgt2 berazam untuk mengurangkan perasaan benci terhadap manusia lain..spt yg selalu dikatakan org..maaf itu adalah pengubat benci..tapi maaf itulah juga sesuatu yg sukar untuk diungkapkan walaupun ianya hanya mempunyai beberapa huruf shj....manusia mmg payah untuk dimengertikan...sbb ape??sbb manusia ada hati dan juga perasaan yang seperti sedia maklum..mmg terlalu abstrak...kalo hanya berpandukan akal semata2..manusia akan jd objektif..samada YES or NO...renung2kan lah wahai kwn2..betapa indahnya ciptaan Allah...

Wednesday, October 7, 2009

Ketahuilah anda bahawa aku sorg Jurutera..

Tentu korg smue akan rase aku riak dgn title atas..aku bukan ape..just nak luahkan rase hati..apakah kalau kita bukan dari golongan professional, kita tak layak dihormati? aku bengang betul dgn minda kelas bawahan beberapa org yg pnah aku ketemui..ingatlah..don't u ever underestimate person...headache btul dgn org mcm ni..org yg mcm ni, hukuman ape kah yg sesuai?? cube korg pikirkan? nasiblah kiter sebagai umat Islam digalakkan memaafkan sesama insan..jadi aku maafkan gak kesalahan org tu atas kesalahan underestimate aku.

Sunday, October 4, 2009

Baru nak start blog balik..

Arini baru tergerak nak start blog balik selepas tenggelam di Hari Raya. Tahun ni buat kesekian kalinyer aku beraya sebagai org yang dah bekeje...dan yang terkezutnyer..tahun ni buat julung-julung kalinyer, aku dpt duit rayer selepas bergelar sorg dewasa dan bekerja..pi meeting..dpt duit rayer dr customer..heran kan?org lain pi open house dpt duit rayer..aku pi meeting dapat duit rayer...thank you pade semuer yang baik ati bagi duit rayer...hehehehe..kebaikan hati kalian membuatkan aku rajin dan bersemangat nak pi meeting walaupun akan di belasah kalo buat salah design..hehehehe...tak per..aku redha, asalkan dpt duit rayer..yippie...

Thursday, September 10, 2009

Ucapan Hari Raya..

Selamat Hari Raya Kepada Semua Blogger di Malaysia dan juga kepada kawan-kawan. Di harap lebaran ini memberikan seribu erti kepada hidup kita masing2. Kepada yang mengenali diri ini, ribuan ampun dan maaf ku pohon adai ada tersalah kata..terlanjur bicara...selama mengenali anda. Sekian Terima Kasih...cewah..ucapan dah mcm menang ape2 anugerah da...ape pon..SELAMAT HARI RAYA...

Wednesday, September 2, 2009

Tafsiran perilaku mengikut tarikh lahir kalendar Islam

''JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.''

Ni ler tafsiran bulan kelahiran aku. mcm tak nak caye pon ader..tapi rase2nyer member yg buat tafsiran ni pon ader ground die. rasenyer mcm tu la aku yang sebenarnyer dgn tepat. akhirnyer aku tau gak mcm mana nak describe diri aku ni.hehehhe..kroniknyer aku pasal baru realise something in myself.sblum ni, kalau org soh describe diri sdiri, aku akan ckp..i have no idea to talk about myself..bukan ape, aku mempunyai byk kecenderungan yg sampai la ni aku tak paham.

Tuesday, September 1, 2009

Renungan+Luahan Perasaan..


''Kadangkala Allah hilangkan mentari..kemudian Dia datangkan guruh..puas kita menangis mencari di mana metari kita..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah''


Indah betul frasa di atas. Aku amik dkt blog orang lain. Selepas jauh berfikir, aku dapat satu kekuatan yang mungkin dahulunya aku terlupa..kenapa kita mesti sesali apa yang berlaku semata-mata kita kehilangannya tanpa memikirkan sesuatu yang mungkin indah di janjikan Allah yang mana kita sendiri pun tidak tahu macam mana keindahan tersebut. Sekarang ni aku sedang cuba untuk membayangkan keindahan yang mungkin diciptakan kepadaku dan terus melupakan apa yang mungkin aku hilang..teruskan bersemangat wahai hati..bersabarlah..kerana sabar itu memang separuh dari iman.

Sunday, August 23, 2009