Tuesday, September 1, 2009

Renungan+Luahan Perasaan..


''Kadangkala Allah hilangkan mentari..kemudian Dia datangkan guruh..puas kita menangis mencari di mana metari kita..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah''


Indah betul frasa di atas. Aku amik dkt blog orang lain. Selepas jauh berfikir, aku dapat satu kekuatan yang mungkin dahulunya aku terlupa..kenapa kita mesti sesali apa yang berlaku semata-mata kita kehilangannya tanpa memikirkan sesuatu yang mungkin indah di janjikan Allah yang mana kita sendiri pun tidak tahu macam mana keindahan tersebut. Sekarang ni aku sedang cuba untuk membayangkan keindahan yang mungkin diciptakan kepadaku dan terus melupakan apa yang mungkin aku hilang..teruskan bersemangat wahai hati..bersabarlah..kerana sabar itu memang separuh dari iman.

No comments: